RINTIHAN MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG MEMERLUKAN PENYELESAIAN

SIAPAKAH ATAU PEMIMPIN MANA YANG DAPAT SELESAIKAN MASALAH INI ?

Ini adalah sebahagian daripada luahan hati masyarakat Melayu Pulau Pinang :

1.      Kurang rumah mampu milik untuk orang melayu miliki.

Kebanyakan rumah yang dibina sekarang adalah diluar kemampuan orang Melayu untuk memilikinya. Purata gaji orang-orang melayu di Pulau Pinang berada di kelas pertengahan dan ke bawah. Ini tidak memungkinkan mereka membeli rumah yang  berada dalam linkungan RM500,000 ke atas.

12

Berikut adalah kajian terkini yang menunjukkan kos beberapa perumahan baru di Pulau Pinang mengikut harga minimum hingga tertinggi :

Projek Perumahan

Harga Minimum

Harga Maksimum

Perumahan Baru

Platinum III @ Teluk KumbarRM 428,000

Platinum 3 Teluk Kumbar

Kondominium : Saiz : 1230 sq. ft. – 1320 sq. ft.
Lokasi : Penang

Pemaju: TPPT Sdn Bhd

Beverly HeightsRM 4,884,000 – RM 6,325,200

Baverly Hills

Banglo : Saiz : 5938 sq. ft. – 8737 sq. ft.
Lokasi  : Bukit Gambir,Penang

Pemaju : Metrio Hill Sdn Bhd

Pearl Indah 3, Simpang Ampat

RM448,000 – 665,000

 Pearl Indah

Rumah Semi-D

Pemaju: Palmington Sdn Bhd

 

Setia V Residences, Georgetown

RM3,004,880 – 8,172,880

 Setia V Resources

Kondominium

Pemaju : Kay Pride Sdn Bhd

Selain daripada diatas banyak lagi perumahan yang mahal dan tidak mampu untuk dimiliki oleh orang Melayu Pulau Pinang. Anda juga tahu dan dapat lihat sendiri masalah perumahan yang melanda masyarakat kita kini.

2.      Pemilikan Tanah dan Hartanah orang Melayu semakin pupus.

Harga tanah di Pulau Pinang meningkat dengan ketara dan kebanyakan tanah yang dimiliki oleh orang Melayu juga telah tergadai kepada pihak tertentu untuk tujuan pembangunan dan sebagainya. Ini menyebabkan orang Melayu sukar untuk memiliki tanah dan tanah yang sedia ada juga hilang dari genggaman.

13

Selain itu, kenaikan harga tanah terutamanya di daerah Timur Laut menyekat pemilikan kumpulan kelas pendapatan rendah dan sederhana yang majoritinya Melayu. Mengikut Statistik Pejabat Tanah dan Galian 2 1/2 tahun yang lalu pun sudah menunjukkan keadaan serius pemilikan tanah orang Melayu dimana distribusi pemilikan tanah terutamanya di kawasan pulau menunjukkan ketidakseimbangan yang serius berlaku dan marginilisasi etnik Melayu ke tanah besar. Apatah lagi keadaan sekarang ?

stat tanah

Pemilikan Tanah di Pulau Pinang Mengikut Bilangan Hakmilik, 2010

stat tanah2

( Sumber : Pejabat Tanah dan Galian )

Perbandingan Peningkatan Harga Tanah sejak tahun 2000 di kawasan timur laut adalah seperti berikut :

 Daerah Timur Laut

Tahun 2000

Tahun 2005

Tahun 2010

Tahun 2013

Harga Tanah (RM)/ Kaki persegi

100

180

210-250

300-500

( Sumber : Kajian melalui laman web )

Secara keseluruhan, kesemua daerah mengalami keadaan yang agak sama iaitu dalam peningkatan harga tanah.

3.      Orang Melayu diketepikan peluang dalam bidang perniagaan. 

Banyak  gerai-gerai dan kedai orang Melayu telah  dirobohkan walaupun ianya telah lama beroperasi. Peliknya kenapa gerai peniaga kaum lain tidak diusik.  Selain itu, dimanakah penglibatan orang-orang Melayu dalam projek-projek di Pulau Pinang?

3 DSC_1229 nasibmelayu

New Lane di Pulau Pinang merupakan tempat popular bagi peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan. Tempat ini begitu popular hingga sering mengganggu lalulintas dua hala sejak lama dahulu.Sekarang diletakkan papan tanda  yang melarang kenderaan melalui lorong baru atau digelar sebagai New Lane dari arah Jalan Macalister ke Jalan Dato Keramat. Masa larangan ini ditetapkan dari 4 petang hingga ke 12 malam setiap hari untuk memudahkan peniaga-peniaga disitu menjalankan perniagaan mereka.

P1100086 P1100088 P1100090 P1100092

Gambaran dibawah menunjukkan perniaga-peniaga di jalan Perak yang sedang menjalankan perniagaan mereka di tepi-tepi jalan dan dikaki lima.

Berbeza pula dengan kebebasan yang diberi kepada peniaga-peniaga Melayu bagi menjalankan perniagaan mereka.

P1100051 P1100056 P1100063 P1100064

Begitu sekali  peniaga-peniaga kaum lain dijaga walaupun berniaga ditepi jalan sahaja.
Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga Melayu jika berlaku keadaan yang sama?Dimanakah peluang samarata untuk masyarakat Melayu Pulau Pinang?

4.      Isu-isu orang-orang Islam Pulau Pinang diabaikan.

Masa kini banyak isu-isu keagamaan yang menjadi amalan dan pegangan orang islam digugat. Selama ini, perkara ini tidak menjadi satu masalah. Sebagai contoh :

  • Cubaan membatalkan sambutan Maulidur Rasul.
  • Arahan melarang bacaan Al-Quran sebelum Azan subuh.
  • Penyebaran meluas agama kristian secara halus terhadap orang islam. Contohnya penyebaran bible  di SMK Jelutong. Ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

14 16 15

P1100040

5.      Kurang usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Banyak lagi orang-orang Melayu di Pulau Pinang di bawah kategori miskin. Sebagai contoh masih ramai lagi orang melayu yang merempat dan mengharapkan bantuan ihsan dari orang lain. Contohnya disekitar Georgetown seperti KOMTAR dan kaki lima. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan bagi menyelesaikan masalah ini ?

P1100082 P1100075

6.      Sekarang melayu merasakan berlakunya pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah. Lebih banyak kawasan  perkampungan orang melayu tergadai.

Banyak  perkampungan orang melayu telah dirobohkan bagi tujuan pembangunan. Ini menyebabkan orang melayu hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah ke tempat lain di sebabkan dengan kos beli rumah yang tinggi. Pemindahan Melayu ke Seberang Prai, Kulim atau tempat lain disebabkan kos rumah dan tanah melambung tinggi. Bagaimana mereka nak hidup. Contoh di Balik Pulau sendiri, kos rumah baru sehingga RM500,000, bagaimana mereka nak hidup dan memiliki rumah.  Mereka ini diibaratkan seperti “Kampung Tergadai, Orang Melayu Terabai”.

11

P1100043 P1100048

7.       Bilakah penyelesaian bagi masalah banjir yang khususnya melanda rakyat Pulau Pinang ?

Masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang masih lagi tiada penyelesaian. Walaupun masalah ini sentiasa dihadapi oleh rakyat negeri ini , tiada sebarang inisiatif yang dibuat oleh pihak-pihak terbabit untuk menyelesaikan masalah ini. Antara kawasan yang selalu terjejas teruk adalah Jalan P.Ramlee, Kampung Makam, Jalan Sungai Pinang dan beberapa kawasan lagi disebelah  Seberang Perai, Pulau Pinang yang kebanyakannya masyarakat orang melayu.  Banyak kerosakan dan kerugian yang dialami.

Adakah masalah banjir ini akan terus diklasifikasikan sebagai “bencana alam” tanpa sebarang inisiatif dan perancangan diambil bagi menyelesaikannya?

7

6

8.      Masalah kesesakan lalu lintas.

Rakyat  Pulau Pinang menghadapi  isu kesesakan lalu lintas yang semakin teruk. Peningkatan jumlah kenderaan yang ketara dan tak terkawal di Pulau Pinang merupakan salah satu penyebab berlakunya kesesakan. Masyarakat Pulau Pinang inginkan tindakan segera dari pihak yang bertanggungjawab.

8

P1100072

P1100080

 9.      Dengan arus pembangunan yang pesat di Balik Pulau, apakah nasib orang melayu disana pada masa hadapan?

Pembangunan pesat yang berlaku di Balik Pulau sekarang ini menjejaskan kehidupan masyarakat melayu di sana. Latarbelakang kebanyakan penduduk asal Balik Pulau tergolong dalam kelas pertengahan dan ke bawah. Sebagai contoh kawasan tradisional nelayan, macam mana mereka nak beli rumah.

Adakah perkara ini memperlihatkan gerakan strategik dan licik melalui pelbagai cara yang ‘menghalau’ orang Melayu secara terhormat ?

10.      Orang Melayu memerlukan kemudahan yang lebih baik untuk berniaga di pasar malam.

Fenomena Pasar Malam telah wujud di Pulau Pinang sejak tahun 1970an. Pasar Malam merupakan satu kegiatan ekonomi yang sangat popular dan banyak diceburi oleh orang Melayu Pulau Pinang.  Namun imej pasar malam Pulau Pinang tidak banyak berubah malah imejnya tidak seiring dengan arus pembangunan. Mereka masih lagi kekurangan kemudahan yang sempurna dalam menjalankan perniagaan.

Georgetown, Pulau Pinang telahpun di iktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Industri Pasar Malam juga dilihat mampu menjadi  daya tarikan pelancong. Selain daripada meningkatkan ekonomi, ianya juga dapat mendorong melahirkan usahawan yang berjaya, berdaya saing dan lestari. Kenapakah tiada pihak yang tampil untuk membantu membangunkan industri ini ?

10

9

11.    Isu tanah wakaf dimajukan untuk pembangunan komersial.

Tindakan memajukan tanah wakaf untuk tujuan komersial akan mengurangkan pemilikan tanah Bumiputera di Pulau Pinang dan adakah orang Melayu Pulau Pinang mampu  bersaing untuk melibatkan diri dalam projek yang dijalankan atas tanah wakaf. Inilah nasib tanah wakaf melayu di Pulau Pinang yang berdepan dengan ancaman bahaya.

P1100083 P1100084

Berdasarkan kepada kajian dan tinjauan yang dibuat, ini adalah beberapa komen dan rintihan daripada peniaga-peniaga di beberapa tanah wakaf di pulau pinang.

Rintihan daripada beberapa peniaga di kawasan Tanah Wakaf Kapitan Keling:

P1100017 P1100013 P1100014 P1100015 P1100016

“Kawasan perniagaan disini sunyi dan tidak banyak orang yang berkunjung. Bisnes kami juga kurang dan hanya bergantung kepada pelanggan setempat sahaja”.

“Keluasan tanah wakaf disini luas dan strategik tetapi tidak dibangunkan. Kawasan ini juga tidak mempunyai benda-benda yang menarik untuk ditawarkan bagi menarik perhatian orang untuk datang. Saya juga mendapat tahu bahawa banyak peniaga lain yang tidak diberi peluang untuk berniaga disini. Kebanyakkan perniagaan yang ada disini juga tidak sistematik dan berpanjangan disebabkan kurang sambutan. Saya harap tempat ini diberi wajah baru supaya ianya mampu menarik lebih ramai orang datang ke tempat ini.”

Rintihan daripada peniaga di kawasan Tanah Wakaf Masjid Acheh:

P1100022 P1100024

“Kawasan disini sunyi dan kurang jualan. Tidak ada sebarang pemantauan dibuat oleh pihak bertanggungjawab dan kami juga tidak tahu hendak berhubung atau rujuk dengan siapa bila ada masalah. Selain itu, apa yang saya nampak adalah kurang penekanan diberikan terhadap aspek sejarah contohnya sejarah Masjid Acheh yang merupakan salah satu masjid yang tertua di Pulau Pinang juga tidak dipamerkan kepada pelancong. Ini menyebabkan pelancong tidak tahu tentang sejarah tersebut. Kebanyakan pelancong bukan saja mahu melihat tetapi ingin mengetahui tentang sejarah sesuatu tempat itu. Jadi, perkara ini menyebabkan kurangnya daya tarikan disini walaupun tempat ini mempunyai sejarah yang baik. Kami peniaga-peniaga melayu disini juga menghadapi masalah mendapatkan dana dan peruntukan.”

RUMUSAN

Ini adalah sebahagian dari rintihan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Jadi, masyarakat Melayu Pulau Pinang mangharapkan ada pihak yang tampil membantu dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Mana-mana pihak yang bertanggungjawab perlu sedar dan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan kemahuan dan kehendak rakyat negeri Pulau Pinang.

Menjelang PRU13 yang semakin hampir, pemimpin-pemimpin perlulah bijak mengambil kesempatan dan peluang ini untuk memenangi hati rakyat.

Ada pihak yang mendakwa semua isu-isu yang timbul berkaitan permasalahan rakyat Pulau Pinang itu bermotifkan politik ?

APA KOMEN ANDA ? SOALAN INI DIAJUKAN KEPADA PIHAK YANG BERTANGGUNJAWAB ATAU MANA-MANA PEMIMPIN. ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN ISU-ISU YANG DIHADAPI OLEH MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG ATAU ANDA AKAN BERDIAM DIRI ?

KEPADA MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG, SEKIRANYA ADA LAGI MASALAH YANG ANDA BOLEH KETENGAHKAN, SILA BERI KOMEN ANDA DI BAWAH. KOMEN ANDA MUNGKIN MAMPU MEMBAWA SESUATU PERUBAHAN.

facebook logo

              KLIK SINI>>>>>SILA LIKE KAMI DI FACEBOOK<<<<<KLIK SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s